Assalamualaikum Mama and Papa,Dah seminggu Ayin kat sini, Ayin cerita dari mula ya?Flight:Sampai UM on time, sampai di KLIA pun on time juga. Perjalanan ke Vietnam mengambil masa 2 jam. Transit di Vietnam selama 2 jam. Flight ke Busan 5 jam. Atas kapal ada serve Muslim food. Masa landing di Busan tu hujan. Kapal terbang tu swerve ke kiri dan ke kanan lepas dia land di Busan. Agak menakutkan, tak pernah jadi macam tu. Turbulence pun banyak masa dalam perjalanan.Sampai di Busan:Alin duduk kat bandar Busan tau Mama, bukan Seoul. Seoul capital city, Busan ni bandar kedua terbesar selepas Seoul. Sampai jam 7AM waktu tempatan (6AM waktu Malaysia). Tunggu dalam 3 jam untuk bus Pukyong University untuk ambil kitorang. Hujan pun agak lebat masa tu. Dalam bus tido je.Pukyong National University (PKNU):Ini la nama universiti Alin kat sini. Tengah-tengah bandar juga. Alin ambil course History of Europe. Sepatutnya class dah start Isnin lepas (27 Julai) tapi lecturer miss flight dia dan ada masalah peribadi, jadi kelas tunda next week (4 Julai, esok). Lecturer extend kan satu jam bagi setiap kelas yang akan datang untuk ganti kelas-kelas yang miss. Kelas Alin mula jam 1PM sampai 4PM, setiap hari Isnin sampai Khamis. Jumaat tu jalan-jalan sekitar Busan, pihak universiti sponsor. hehe. Sabtu dan Ahad cuti la seperti biasa.
Dorm:Alin tinggal kat tingkat 20, tingkat paling atas dan bilik paling hujung. Ada lif, ada kedai runcit, ada laundry room dan dobi, ada cafe. Bilik sangat best, share 2 orang satu bilik. Agak lengkap dengan katil, cupboard, meja setiap sorang. Bilik air dan balcony attached setiap bilik. Ada air-cond, fridge, hot water untuk mandi. Roommate alin Korean, baik orangnya, pun ambil sama course macam Alin.
Makan:Makan kat sini 3 kali sehari. Takde makanan halal disediakan especially untuk kitorang Muslim students walaupun macam terngiang-ngiang hari tu dijanjikan oleh pihak UM. Tapi takpelah, makin lama makin boleh adapt dengan makanannya. Staf cafe juga prihatin, bila ditanya dia akan cakap lauk ni meat then dia akan tunjukkan kat ikan goreng yang diasingkan khas untuk kitorang. Jadi makan ikan goreng dengan nasi je lah. Nasi dia berkanji, sedap. Hehe. Lauk pun not bad la, kadang2 dia serve sup-sup yang boleh dimakan, yang takde daging apa-apa. Try makan apa yang boleh je.Living cost:Living cost di sini mahal, Mama Papa :( Semua benda in general start dengan 1000 won. 1000 won sama dengan RM 3. Alin sorry sangat tapi Alin dah terbelanja 100 USD yang Mama bagi dalam minggu pertama ni. Terlebih belanja sebab beli bantal dan adaptor segala. Bila datang sini, bantal, cadar, selimut takde. Nasib bawak cadar, selimut, sarung bantal segala. Terpaksa la beli bantal masa datang hari tu. Bantal harga 3800 won, dalam RM 12. Tulah, agak boros perbelanjaan Alin minggu pertama ini. Alin janji Alin akan berhati-hati dalam perbelanjaan untuk 4 minggu yang seterusnya. Hehe. Jangan risau, semua Alin belanja untuk diri Alin sendiri dan untuk makan kebanyakannya. Takde beli barang-barang remeh-temeh.
Aktiviti-aktiviti minggu pertama ni:Alin tak berapa join budak2 lain kat sini. Alin cuma jalan dengan Nina, Nelly dengan Olivia. Kitorang semua ambil History of Europe, so semua takde kelas minggu pertama ini. Berjalan sakan. Nanti Alin upload gambar kat Facebook, Mama tengok dan tunjuk Papa ya? Hehe. Kat sini kerja berjalan kaki je memanjang. Tak pun naik train. Okay la perjalanan sini, orang2 Korea bukan jenis kacau orang. Cuma nak commnicate dengan dorang tu susah. Tapi ada kawan2 Korea yang duduk di dorm ni banyak membantu. Baik betul hehe.
Makanan halal:Hari tu ade berjalan kat daerah lain, daerah Sasang. Kononnya ada jual makanan halal. Ingatkan makanan yang dah masak. Rupanya makanan2 kering dan basah yang kena masak dulu. Kalau ada dapur di dorm takpe jugak. Ada jumpa restoran India yang halal tapi mahal jugak. RM6 untuk sekeping naan. Rasanya boleh lagi sabar nak makan naan kat Malaysia. Hehe. Lepas tu, ada kawan bawak makan makanan Turki dekat dengan campus ni. Pun mahal juga la. Tapi sebab nak makan daging punya pasal, makan juga la. Takpe ya Mama? Hehe. Tak selalu la makan kat sini, mahal kot.Ginger:Sihat walafiat. Tido banyak.Itu jelah kot. Nanti Alin e-mail lagi ya? Mama and Papa take care and I miss you and I love you.-Alin
Tq Alin, macam ni la cerita panjang2, jadi mama tak la tertanya2 Nanti dah start class susah pulak nak becita....Lama ma cari muka si ginger ni baru dapat!

